CERITA SAYA
Pada bulan Mei 2017, saya mula kenal dengan produk Tasneem Naturel. Waktu tu saya sedang mengandungkan anak ketiga, Ilham. Morning sickness yang agak teruk menyebabkan saya penat. Anak kedua saya, Idzlan ketika itu berusia tiga tahun, agak susah untuk tidur dan tidur tak lena. Dia kerap terjaga sepanjang malam. Haishh…memang penat dan stress. Sudah la pagi-pagi nak kena pergi kerja.
Kebetulan seorang kawan kenalkan produk Tasneem Naturel. Saya beli empat jenis balm waktu tu untuk dapatkan harga yang lebih murah. Saya cuba, dan ia berkesan. Idzlan mudah tidur dan dia tidur lena! Saya pun dapat tidur dengan lena. Dipendekkan cerita, bulan November 2017, saya mendaftar sebagai dropship Tasneem Naturel. Alang-alang dah guna dan berkesan, baiklah mendaftar sebagai dropship. Boleh beli dengan harga ejen sambil-sambil tambah pendapatan.
Tapi, disebabkan waktu tu saya belum nampak arah yang saya boleh pergi bersama Tasneem Naturel, saya on off dengan bisnes ni. Sangat membuang masa!
Pada bulan Ogos 2020, saya kembali aktif. Lock rank Partner dan pada November 2020, saya naik ke rank Junior Leader. Waktu ni saya dah mula nampak arah tujuan yang saya nak pergi bersama Tasneem Naturel. Saya mula membina team. Saya bermula dengan team yang kecil dan kini team makin besar.
Jadi, jika anda adalah ibu-ibu yang inginkan kebebasan masa bersama anak-anak tetapi dalam masa yang sama ingin jana pendapatan sendiri, jom sertai saya! Kita sama-sama berjuang sehingga berjaya demi anak-anak yang kita cinta.